--------- Chill Bro!

Selasa, 3 Januari 2012

Kegunaan Sebenar Facebook

Mesti ramai yang tau pasal Facebook kan? Mcam mana pulak tak tau kan?, kalau tiap-tiap hari guna.. Lagipun sekarang ni kan zaman IT.. Kegunaan Facebook ni sebenarnya untuk berinteraksi dengan orang lain walaupun kita tak face to face. Tapi kenapa ramai yang  salah menggunakannya? Ramai yang tertipu dengan orang lain disebabkan kita accept friend request dari orang yang tidak dikenali kan? Patutla kawan beribu-ribu kat Facebook.. Entah kenal ke tidak tu? Friends aku pun baru 400 lebih.. Tak kiralah tertipu dengan apa cara sekalipun tapi yang penting korang mungkin DITIPU atau sudah TERTIPU . Mungkin kadang - kadang korang yang add diorang kan? yang tu no comment.. Mungkin ramai yang bernasib baik tapi segelintir pihak sudah pun TERTIPU .. Aku cuma nak suruh korang berhati-hati je. Terserah kat korang nak percaya atau tidak..

Jumaat, 23 Disember 2011

Remaja FreeHair

Kebanyakan kanak-kanak yang sedang meningkat remaja akan terpengaruh dengan rakan-rakan. Dari bertudung jadi tak bertudung, dari single jadi couple, dari baik jadi gedik dan dari pakai baju labuh jadi ketat. Tapi takpe hari ni nak cerita pasal remaja FreeHair..Nak tanya sikit. Kenapa ramai yang nak tiru kawan?FreeHair? Kenapa? O.. takut kalau pakai tudung nanti orang cakap yang kita ni tak shampoo rambut...atau takde style? Takut? Kenapa nak takut? Tak takut ke nanti kena seksa dalam kubur?

PENGECUALIAN


Mana ada pengecualian da..

Jumaat, 16 Disember 2011

Budak Gedik Sampah Masyarakat....!!!!

Ni ciri-ciri manusia yang aku benci dan meluat...

-buat rambut jadi warna perang/merah...avril lavigne pun cantik pada kau
-pintal-pintal rambut kat public sambil lidah terjelir-jelir...macam budak miang
-snap gambar dari atas..konon-konon manja...buat bibir muncung macam itik...lidah terjelir-jelir...mata bukak besar-besar...pastu kenyitkan mata...jari letak kat mulut...kau ingat cantk? Then, upload gambar masuk Facebook...lepastu cakap'I tau I x cantik'....tau pun diri tu tak cantik...nak dapat pujian latu....muka macam donald duck aku tengok..
-kau rasa comel bila cakap bahasa rempit...eii perosak bahasa betul..macam tak belajar BM
-peluk boyfriend kau kat public..makcikpakcik semua tengok...bangga..apesal tak bawak pegi hotel murah je..kat senang..
-pakai tudung tapi nampak lengan baju seluar sendat nak mampos...nak tunjuk body..
-sekejap-sekejap single...in relationship lah...playgirl...kenapa tak terus terang je yang kau ni lesbian..
-snap gambar kau beribu-ribu sampai 40 album...

Khamis, 15 Disember 2011

Nama pun DUIT...!!!!

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia

Hari ni aku nak cerita sikit pasal DUIT.
'Hah DUIT?DUIT?DUIT???!!!!'mesti korang terkejut kan?kan?kan?
Ya!! Hari ni aku nak cerita sikit pasal Duit...D.U.I.T.

Ada sesetengah orang bila nak pergi shopping, makan atau benda-benda yang best pasal harta dunia ni mesti boleh je keluar duit banyak. Tapi kalau ada Rumah Anak-Anak Yatim, Sekolah Tahfiz atau sekolah mana-mana minta sedekah mesti susah sangat nak keluar duit....kadang-kadang tu mesti keluar kurang dari RM5 kan?

MORAL OF THE STORY:-

Aku ni tak de la kaya sangat sampai nak bercakap pasal duit...tapi sebagai umat Islam, kita kenalah sama-sama bertegur...barulah boleh maju..kalau masing-masing dok diam je, sampai bila pun tak boleh maju...Sesiapa yang rasa diri dalam golongan cerita diatas...cepat-cepatlah berubah kepada yang lebih baik...yang rasa-rasanya tidak tergolong dalam golongan ni, berdoalah supaya tak termasuk dalam golongan ni...

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah pun termasuk dalam golongan ni sebab mungkin masa tu kita tension atau bad mood...

TAMBAHAN

Untuk sesiapa yang tak faham atau tidak suka membaca KLIK KAT SINI

Rabu, 14 Disember 2011

Luah Kat fb Buat Semak Wall

"Sebaiknya jangan banyak sangat luah perasaan sendiri kat facebook. Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati. Mengadu pada Allah lebih baik dari luah kat facebook." Ustaz Azhar Idrus

Memang setuju sangat dengan apa yang dia cakap. Orang yang luah facebook tu tak reti ke nak luah kat Allah. Kalau luah kat Allah, Insyaallah boleh tenangkan hati dan sedikit demi sedikit masalah tu akan selesai dengan mudah...Kalau luah kat facebook? Boleh dapat apa-apa ke? Kalau nak dapat simpati orng lain atau nak jadi publisiti murahan baik tak payah post banyak-banyak kat wall...buat semak je.. Kalau berdoa kat Allah lagi bagus.Boleh dekatkan diri dengan-Nya...tak payah susah-susah nak post kat wall..putus cintalah, tak puas hatilah..baik beristighfar banyak-banyak daripada buat dosa kering..simpan dalam hati perasaan tu.

Khamis, 17 November 2011

Bahasa Rempit? Perlukah?

Bahasa Rempit ialah shortform-ditambahgunakan. Ia juga digunakan pada laman sosial seperti Facebook, MySpace dan juga YM (Yahoo Messenger)...Biasa digunakan oleh remaja masa kini...Ada satu kemusykilan disini..Mengapa mereka harus atau perlu tulis begini sedangkan ia tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, malah ia membuatkan kita rasa tidak selesa atau susah untuk memahami apa yang mereka katakan?..Mengikut teori saya..Ia sepatutnya tidak perlu ditulis..Bak kata Anwar Hadi@IniAnwarHadi 'Bahasa EwwW...Nak tengok??? Click Here

Rabu, 2 November 2011

Jika Tin Pepsi Diterbalikkan


Ini cuma anggapan

Jika tin pepsi diterbalikkan....



Logo pepsi melambangkan 'The Next Generation'
Jika perkataan Pepsi diterbalikkan.. ia akan menjadi seperti 'ISdEd'
Ia seperti 'Is Dead'
Jika ia digabungkan 'The Next Generation Is Dead'

kalau nak tahu lebih lanjut klik di SINI
Twitter Bird Gadget